Sunday, 11 October 2015

DARAH PEWIRA

                                              KERINGAT PEWIRA

PEWIRA BANGSA DAN NEGARA

 Fakta sejarah menyatakan bahawa Almarhum Tuanku telah meminta Inggeris membawa keluar semua kaum yang dibawa masuk oleh Inggeris sebelum merdeka dulu..tetapi kaum India terlebih dahulu telah merayu kepada Almarhum Tuanku untuk menerima mereka supaya diberi kerakyatan dan bersetuju kepada konsepJUS SOLI tetapi kaum Cina telah melobi pihak Inggeris terlebih dahulu...Apabila ditolak oleh oleh British barulah mereka berunding semula dengan Almarhum Tuanku dengan bersetuju untuk menerima konsep JUS SOLI...Kalau sekarang mereka cuba menentang tidak lah hairan sebab dari mula lagi mereka sudah tidak jujur tetapi terpaksa menerima konsepJUS SOLI apabila tersepit dan tiada pilihan...Lu fikir la sendiri wahai bangsaku>>>>

 Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia. Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu

               BAD COMPANY GO DOWN THE WRONG PATH TO HEAVEN


Behind the gun I'll make my final stand
Chose a gun and threw away the Son


 BELIAU TIDAK DI BERI PINGAT DATO' KERANA BELIAU BUKAN ANAK ORANG POLITIK ...
P/S: Pejuangannya hanya senda loka cerita kepada rakyat Malaysia hari ini ... 'Komando Cabuk'
Yaacob Komando Cerita Detik Pertempuran Dengan Pengganas Di Gubir
Khamis, Mac 06, 2014
Bagi Yaacob, mereka yang memanggilnya dengan gelaran itu kebanyakannya tidak mengetahui kisah sebenar bagaimana dirinya boleh mengalami kecacatan kekal tersebut.
Anak kelahiran Kampung Manggol Kambing, Pendang, Kedah mula memasuki tentera selepas menjalani rekrut di Port Dickson pada 1970 ketika berusia 18 tahun.
Bagi Yaacob, minatnya dalam dunia ketenteraan memang ditanam sejak dari usia kecil lagi apatah lagi selepas mendapat galakan kedua ibu bapanya.
Selepas diserapkan ke dalam Rejimen 10 Melayu, Yaacob diberi kepercayaan untuk menggalas tugas dalam 21 Rejimen Gerak Khas (RGK) yang berpengkalan di Kem Komando Sungai Udang, Melaka.
Menyingkap kembali peristiwa yang menyebabkan beliau mendapat kecacatan tersebut, Yaacob berkata ia berlaku kira-kira jam 10 pagi pada 21 April 1976.
Ketika itu, beliau bersama 44 rakan daripada 21 RGK, ditugaskan untuk menawan sebuah perkampungan yang menjadi kem terbesar komunis di sempadan Thailand-Malaysia melalui Gerakan Gubir II.
Menurut Yaacob, tujuan operasi khas itu adalah untuk melumpuhkan kegiatan musuh yang dianggarkan seramai 1,000 orang.
Sebelum kumpulannya dihantar ke situ, katanya, pesawat F5E telah melancarkan serangan bom dari udara untuk melemah serta mengucar-ngacirkan pertahanan musuh.



















Selepas itu, barulah pasukan yang Yaacob sertai dihantar menggempur kawasan tersebut menggunakan tiga helikopter.
"Ketika hendak mendarat, kami turun menggunakan tali, namun telah ditembak dari pelbagai penjuru oleh musuh.
“Syukur kami berjaya mendarat dengan selamat dan sempat mencari tempat perlindungan sebelum melancarkan serangan balas," katanya.
Beliau dan pasukannya bernasib baik kerana bilangan musuh ketika itu telah berkurangan kerana ramai yang telah berundur ke Thailand menggunakan terowong bawah tanah selepas diserang.
“Jumlah musuh yang memberi tentangan, lebih 200 orang. Bagaimanapun, akhirnya selepas bertempur selama kira-kira sejam, kem tersebut berjaya kami tawan,” katanya.
Yaacob berkata, selepas itu, sesuatu yang mengejutkan berlaku apabila seorang demi seorang rakannya terkena jerangkap samar ketika melakukan tugas penggeledahan.

Orang pertama terkena ialah Staf Sarjan Ahmad Jantan diikuti Trooper Hussin Mahbib. Kedua-duanya putus sebelah kaki. Selepas itu, barulah mereka sedar di sekeliling kem itu terdapat banyak jerangkap samar.
“Saya pernah diberitahu oleh seorang bekas komunis yang menyerah diri selepas itu, mereka telah menanam 7,000 butir jerangkap samar di situ pada 1970.
"Ekoran itu, kesemua mereka diarah supaya lebih berhati-hati di samping memusnahkan jerangkap samar yang dijumpai," katanya.
Pada masa sama, Yaacob telah ditugaskan membersihkan laluan yang akan digunakan untuk membawa Ahmad dan Hussin ke kawasan lapang bagi membolehkan helikopter membawa mereka ke hospital dengan segera.
“Ketika melalui lorong tersebut saya ternampak empat butir jerangkap samar dan berjaya mematikan kesemuanya. Apabila menghampiri kawasan lapang di bawah bukit, saya menemui sebutir lagi jerangkap samar jenis baru yang menggunakan bom tangan buatan Czechoslovakia.
“Semasa hendak menghampiri alat letupan itu menggunakan pisau, saya dapati ia sudah berasap. Tanpa diduga, alat itu tiba-tiba meletup,” katanya.
Akibat letupan itu, badan Yaacob tercampak sejauh tiga meter, tangan kanannya putus dan hancur manakala sebahagian tapak tangan kirinya turut mengalami nasib sama. Kening dan tepi dagu juga terkoyak. Mata kirinya menjadi rabun sehingga sekarang.
“Walaupun dalam keadaan cedera parah, saya masih sedar dan tidak merasa sakit langsung. Yang saya rasa hanyalah kebas sehinggalah dibawa ke hospital,” katanya.

Yaacob sebelum itu pernah terbabit dalam hampir 20 operasi termasuk bertempur dengan musuh sebanyak tiga kali.Ekoran kecederaan tersebut, Yaacob terpaksa menjalani rawatan dan pemulihan selama lebih enam bulan di tiga buah hospital tentera.
Selepas bersara pada 1990, Yaacob menetap di Tanjung Keling, Melaka. Beliau kini meneruskan kehidupannya sebagai tukang kayu. Namun kini, dengan keadaan dirinya yang semakin berusia, tidak banyak pekerjaan dapat dilakukan selain hanya duduk di rumah.
Yaacob dikurniakan sembilan anak hasil perkahwinannya dengan isteri, Fatimah Salleh, 57. Katanya, dia tidak pernah menyesal memasuki tentera kerana mengalami kecacatan ini.
“Inilah bukti pengorbanan saya untuk agama, bangsa dan negara. Malah, perkataan menyesal tidak harus ada pada mana-mana anggota RGK.
 
“Kerana itulah saya terus menggalakkan anak agar mengikut jejak saya dan hasilnya, kini anak nombor tiga telah pun berkhidmat sebagai anggota tentera darat,” katanya.
Satu permintaan Yaacob, mahu kerajaan memandang golongan bekas tentera sepertinya yang pernah berjuang, menggadaikan nyawa demi maruah negara.
“Pada zaman kami tiada insurans kelompok dan faedah lain seperti mana yang diperoleh askar masa kini.
“Ketika saya mendapat kecederaan tersebut, kerajaan cuma membayar pampasan sebanyak RM2,000 sahaja. Ia berbeza dengan sekarang. Misalnya, anggota keselamatan yang bertugas Lahad Datu baru-baru ini, mereka mendapat pelbagai faedah,” katanya.
Yaacob berkata, sekarang, beliau cuma memperoleh pencen sebanyak RM820 serta bayaran elaun perubatan di atas kecacatannya yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM1,400 sebulan.
“Saya harap kerajaan dapat mempertimbangkan supaya bayaran elaun perubatan yang diberi dapat dimasukkan sekali dalam skim pencen disebabkan sekiranya meninggal dunia isteri saya mendapat jumlah yang lebih besar dan bukannya RM820.
“Sekiranya, kerajaan dapat memberikan bayaran pampasan khas lagi bagus, tetapi sekiranya tidak itu sahaja yang saya pinta kerana bekas askar yang mengalami kecacatan ketika era komunis seperti saya tidak ramai lagi disebabkan kebanyakannya sudah meninggal dunia,” katanya.

The government should open your eyes, look deep into the forest man died at the end of a bullet, went into the city brings safe.

                      

comes to town as nice peaceful outcome rather than as a city rat
sumber
http://www.sinarharian.com.my/…/kawasan-kem-dikelilingi-jer…
 Pada pertengahan tahun 1934, Kompeni Percubaan telah diistiharkan sebagai berjaya dengan cemerlangnya dan layak diperbesarkan ke satu batalion yang lengkap.  Seterusnya buat julung kali, pada 4 Nov 1936, seramai empat pemuda anggota Skuad Pertama telah ditauliahkan sebagai pegawai dengan pangkat Leftenan Muda.  Mereka adalah No. 8 Ariffin bin Haji Sulaiman, No. 12 Ibrahim bin Sidek, No 13 Ismail bin Tahar dan No. 25 Raja Lope Nor Rashid bin Raja Abdul Rahman


#Pada 1 Dis 1941, Batalion Kedua Askar Melayu telah ditubuhkan bagi menghadapi serangan Tentera Jepun yang sedang mara.  Kompeni A, Batalion Kedua adalah unit Askar Melayu pertama menentang Tentera Jepun yang mendarat di Pantai Cinta Berahi (sekarang Pantai Cahaya Bulan), Kelantan pada 8 Dis 1941.  Kekuatan Tentera Jepun yang berlipat ganda telah memaksa Kompeni tersebut berundur ke Kuala Krai dan seterusnya Singapura. 

#Satu lagi peristiwa yang menyayat hati berlaku pada 28 Februari 1942 apabila seramai 8 orang pegawai Askar Melayu, setelah menjadi tawanan perang dibunuh di Pasir Panjang disebabkan keengganan mereka menanggalkan pakaian seragam tentera mereka.

# Kanang anak Langkau dilantik sebagai ikon kategori pahlawan Pada 3 Jun 1981, beliau menerima dua anugerah, Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa.Beliau juga menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak 'Panglima Gemilang Bintang Kenyalang' (P.G.B.K) yang membawa gelaran Datuk.




                     Bendera Tentera Darat Malaysia


Thursday, 21 May 2015

SIKAP PEMANDU


Fikir fikirkan lah
Sikap melampau pengguna jalanraya.
Kemana perginya rasa takut terhadap kematian


1. Sering menggunakan lorong kecemasan sewaktu kesesakan tanpa arahan pihak polis trafik. Lebih kerap dan terbiasa dengan sikap suka menggunakan lorong kecemasan. Peraturan yang dibuat oleh kerajaan tiada penguatkuasaan sepenuhnya.


2. Suka berhenti di garisan petak kuning walaupun jalan sesak, tanpa mempedulikan laluan pengguna lain apabila lampu trafik bertukar merah.Tanpa ada rasa bersalah, tiada pemantauan dikawasan tersebut dari pihak berkuasa menjadikan mereka ini lebih angkuh serta sombong dijalanraya.



3. Berhenti sesuka hati di bahu jalan terutama di kawasan pusat membeli belah,hadapan bank serta hadapan premis perniagaan dalam jangka waktu yang lama. Tak menghiraukan pengguna jalanraya yang lain melalui kawasan tersebut. Laluan sesak,sempit itulah terjadi kerana sikap mereka mereka ini.


4. Sikap memberhentikan atau meninggalkan kenderaan di tengah jalan raya apabila mengalami kerosakan tiada ikhtiar untuk menolak ke bahu jalan, lebih teruk lagi tiada memasang lampu kecemasan dengan alasan membazir penggunaan bateri kereta,kerana sikap lebih suka membuka bonet belakang kereta mereka kerana itu lebih mudah dan jimat masa buat mereka biarpun mereka sedar tindakan mereka ini membahayakan pengguna yang lain.


5. Menggunakan lampu kecemasan apabila hari hujan lebat tidak mahu berhenti di lorong kecemasan dengan memasang lampu kecemasan bila keadaan ini berlaku. Lebih teruk lagi pandu perlahan di lorong memotong dengan keadaan lampu kecemasan menyala.Hanya memikirkan diri sendiri tanpa memperdulikan nyawa orang lain sedangkan tindakan mereka hanya mengundang kemalangan yang lebih buruk lagi dalam cuaca hujan lebat.



6. Tak tahu jarak utk mengunakan isarat membelok lebih menyedihkan pemandu kita mengadai nyawa duduk di lorong laju atau lorong memotong utk membelok ke kiri dalam keadaan membahayakan pengguna lain. Membelok dalam keadaan tergesa gesa bila hampir dengan simpang.




Sikap suka membuat pusingan U dipersimpangan lampu isyarat tidak kurang juga menyumbang kemalangan jalanraya di negara kita.


7. Menggunakan talipon sewaktu memandu serta memandu perlahan di lorong memotong dalam keadaan talipon bimbit di tangan. Lebih kerap terlihat suka melayari internet, facebook, Wecat, washup serta menghantar mesej sewaktu sedang memandu.Lebih dahsyat lagi apabila ada pemandu yang memangku anak kecil sewaktu sedang memandu.


8. Pandu perlahan menggunakan lampu tinggi di waktu malam sewaktu di lebuhraya tanpa mempedulikan pemandu lain yg fokus kepada pemanduan yang berjam jam untuk smpai ke lokasi. Mereka menggunakan lampu tinggi hanya kerana lebuhraya tersebut tidak di terangi lampu jalan. Sedarkah kita dengan tindakan tersebut boleh memberi kesan pada nyawa pengguna jalanraya khususnya dalam jangka waktu panjang




9. Meletakkan kenderaan dalam dua barisan sedangkan petak meletak kenderaan yg di sediakan oleh bandaran satu barisan sahaja khusus di laluan sehala.Sikap tidak ambil peduli dan sikap mementingkan diri perlu di ubah jika tidak mahu di anggap biadap dan bongkak.

10. Tidak mengambil berat lampu brek belakang berfungsi atau tidak. Sikap tak mengambil berat terhadap penggunaan lampu brek ketiga. Sering membiarkan lampu isyarat terpadam sendiri kerana sikap tak acuh ini boleh mengelirukan orang lain sewaktu pemandu lain hendak menukar laluan atau keluar simpang.



Kesemua 10 kesalahan ini menunjukkan pemandu pemandu malaysia bersikap tidak menghormati pengguna pengguna yang lain, Lebih mementingkan diri sendiri, menjadi kurang ajar, lebih dasyat lagi menjadi pembuli jalan raya Malaysia.






 Namun yang menyedihkan mereka ini bakal menjadi mangsa atau penyumbang kepada kemalangan maut di tanahair. Tak kurang juga kebiadapan mereka ini jelas di tunjukkan kepada pihak berkuasa yang menjalankan tugas untuk keselamatan dan keselesaan pengguna yang lain.




                                          Takkala kematian datang



https://fauzizi@KRK

Monday, 18 May 2015

ROHINGYA


                  
                        Airmata Di Bumi Rohingya 

                             




                                   http://youtu.be/CkKjBE5GCSk

                                    https://wadiahtrading.com//index.php?refer=fauzizi

                                                                                   


               
                                                                  


Bukan mudah tugas kita
dan manusia serata dunia
meneruskan perjuangan misi kemanusiaan
selain mengembirakan mereka






menangisi maksud kemanusiaan itu
teramat jauh dan lebih sengsara
Rohingya jangan kecil hati dan kuatkan jiwa
pada suatu ketika itu dan zaman yang berlalu
kamu akan menjadi penakluk di akhir episod.





Pelajarilah ilmu saudagar dan pedagang dunia
Pelajarilah ilmu ulama dan ilmiah
Pahlawan terbilang ke serantau dunia
Rohingya bangsamu mengharung
samudera menjelajah dunia yang tak diimpikan
Rohingya semangatmu bagai
sang wira dan pendita yang tidak mengenal
ketakutan dan kematian.

Di manakah kekuatanmu
supaya tidak merasa teramat hina dan dianiaya
Biarpun seribu musuh
jangan sekali bangsamu longlai
mengasah kegemilangan dan kepahlawanan
dalam sejarah membina empayar 
Rohingya


kederatmu amat berharga
bagi memartabatkan dan
memerdekakan bangsamu
kerana jika bangsamu berjaya
dunia akan memandangmu dan
Rohingya akan dihormati

Sedar dan bangkitlah dari lamunan
demi memerdekakan  bangsa dan maruahmu
mengangkat darjatmu ke tahap lebih tinggi
untuk membuka mata dunia
selamanya.

Bangunlah pemuda Rohingya
biarpun jalan amat berliku
kerana masa depanmu belum tentu
menampakkan cahaya dari langit
mencipta laluan ke syurga 
membelah lautan di pelusuk dunia




Perjuanganmu masih panjang
Rohingya azam dan tekad
bisikkan kata semangat ditelinga anakmu
membina kekuatan jiwa dan bangsa
bangsa yang berpegang pada Kalimah
Langit dan bumi adalah kuasamu ..Ya Allah

cinta Allah kepada hambanya.
secantik bahasa seindah bahasa Ya ....Rasullallah.   

https://fauzizi@KRK


Saturday, 16 May 2015

HARI LAHIR



SELAMAT 
ULANG TAHUN kawan kawan ku


Bangun dari tempat tidur, melihat di cermin
Dan bertanya-tanya siapa Anda
Tahun lain telah datang dan pergi
Hari ini adalah hari ulang tahun Anda
Tapi mungkin hari terakhir hidup Anda
Apa yang akan Anda lakukan jika besok itu semua hilang?
Anda tidak akan muda selamanya
Hanya ada sebagian kecil untuk jumlah yang
Anda tidak akan muda selamanya
Juga akan ada yang
Jadi ...


Lihatlah kehidupan Anda, yang Anda ingin menjadi sebelum Anda mati?
Lihatlah kehidupan Anda, apa yang Anda ingin lakukan?
Lihatlah kehidupan Anda, yang Anda ingin menjadi sebelum Anda mati?
Lihatlah kehidupan Anda, Anda tidak punya selamanya
Dan katakan padaku apa yang sebenarnya penting

Apakah itu wang dan ketenagan?
Atau berapa banyak orang akhirnya mungkin tahu nama Anda?
Tapi mungkin Anda menyentuh satu kehidupan
Dan dunia menjadi tempat yang lebih baik untuk menjadi..
Mungkin Anda memberikan mimpi mereka dihari lain
Kesempatan lain untuk bebas
Selamat ulang tahun
Selamat ulang tahun
 Lihatlah kehidupan Anda, yang Anda ingin menjadi sebelum Anda mati?
Lihatlah Anda, apa yang Anda ingin lakukan?
Lihatlah kehidupan Anda, yang Anda ingin menjadi sebelum Anda mati?
Lihatlah kehidupan Anda, itu semua datang kembali kepada Anda.