Fikir fikirkan lah
Sikap melampau pengguna jalanraya.
Kemana perginya rasa takut terhadap kematian
1. Sering menggunakan lorong kecemasan sewaktu kesesakan tanpa arahan pihak polis trafik. Lebih kerap dan terbiasa dengan sikap suka menggunakan lorong kecemasan. Peraturan yang dibuat oleh kerajaan tiada penguatkuasaan sepenuhnya.2. Suka berhenti di garisan petak kuning walaupun jalan sesak, tanpa mempedulikan laluan pengguna lain apabila lampu trafik bertukar merah.Tanpa ada rasa bersalah, tiada pemantauan dikawasan tersebut dari pihak berkuasa menjadikan mereka ini lebih angkuh serta sombong dijalanraya.

3. Berhenti sesuka hati di bahu jalan terutama di kawasan pusat membeli belah,hadapan bank serta hadapan premis perniagaan dalam jangka waktu yang lama. Tak menghiraukan pengguna jalanraya yang lain melalui kawasan tersebut. Laluan sesak,sempit itulah terjadi kerana sikap mereka mereka ini.
4. Sikap memberhentikan atau meninggalkan kenderaan di tengah jalan raya apabila mengalami kerosakan tiada ikhtiar untuk menolak ke bahu jalan, lebih teruk lagi tiada memasang lampu kecemasan dengan alasan membazir penggunaan bateri kereta,kerana sikap lebih suka membuka bonet belakang kereta mereka kerana itu lebih mudah dan jimat masa buat mereka biarpun mereka sedar tindakan mereka ini membahayakan pengguna yang lain.
5. Menggunakan lampu kecemasan apabila hari hujan lebat tidak mahu berhenti di lorong kecemasan dengan memasang lampu kecemasan bila keadaan ini berlaku. Lebih teruk lagi pandu perlahan di lorong memotong dengan keadaan lampu kecemasan menyala.Hanya memikirkan diri sendiri tanpa memperdulikan nyawa orang lain sedangkan tindakan mereka hanya mengundang kemalangan yang lebih buruk lagi dalam cuaca hujan lebat.
Sikap suka membuat pusingan U dipersimpangan lampu isyarat tidak kurang juga menyumbang kemalangan jalanraya di negara kita.
7. Menggunakan talipon sewaktu memandu serta memandu perlahan di lorong memotong dalam keadaan talipon bimbit di tangan. Lebih kerap terlihat suka melayari internet, facebook, Wecat, washup serta menghantar mesej sewaktu sedang memandu.Lebih dahsyat lagi apabila ada pemandu yang memangku anak kecil sewaktu sedang memandu.
8. Pandu perlahan menggunakan lampu tinggi di waktu malam sewaktu di lebuhraya tanpa mempedulikan pemandu lain yg fokus kepada pemanduan yang berjam jam untuk smpai ke lokasi. Mereka menggunakan lampu tinggi hanya kerana lebuhraya tersebut tidak di terangi lampu jalan. Sedarkah kita dengan tindakan tersebut boleh memberi kesan pada nyawa pengguna jalanraya khususnya dalam jangka waktu panjang
10. Tidak mengambil berat lampu brek belakang berfungsi atau tidak. Sikap tak mengambil berat terhadap penggunaan lampu brek ketiga. Sering membiarkan lampu isyarat terpadam sendiri kerana sikap tak acuh ini boleh mengelirukan orang lain sewaktu pemandu lain hendak menukar laluan atau keluar simpang.
Kesemua 10 kesalahan ini menunjukkan pemandu pemandu malaysia bersikap tidak menghormati pengguna pengguna yang lain, Lebih mementingkan diri sendiri, menjadi kurang ajar, lebih dasyat lagi menjadi pembuli jalan raya Malaysia.
Namun yang menyedihkan mereka ini bakal menjadi mangsa atau penyumbang kepada kemalangan maut di tanahair. Tak kurang juga kebiadapan mereka ini jelas di tunjukkan kepada pihak berkuasa yang menjalankan tugas untuk keselamatan dan keselesaan pengguna yang lain.





No comments:
Post a Comment