https://wadiahtrading.com//index.php?refer=fauzizi
Bukan mudah tugas kita
dan manusia serata dunia
meneruskan perjuangan misi kemanusiaan
selain mengembirakan mereka
dan manusia serata dunia
meneruskan perjuangan misi kemanusiaan
selain mengembirakan mereka
teramat jauh dan lebih sengsara
Rohingya jangan kecil hati dan kuatkan jiwa
pada suatu ketika itu dan zaman yang berlalu
kamu akan menjadi penakluk di akhir episod.
Pelajarilah ilmu saudagar dan pedagang dunia
Pelajarilah ilmu ulama dan ilmiah
Pahlawan terbilang ke serantau dunia
Rohingya bangsamu mengharung
samudera menjelajah dunia yang tak diimpikan
Rohingya semangatmu bagai
sang wira dan pendita yang tidak mengenal
ketakutan dan kematian.
Di manakah kekuatanmu
supaya tidak merasa teramat hina dan dianiaya
Biarpun seribu musuh
jangan sekali bangsamu longlai
mengasah kegemilangan dan kepahlawanan
dalam sejarah membina empayar
Rohingya
kederatmu amat berharga
bagi memartabatkan dan
memerdekakan bangsamu
kerana jika bangsamu berjaya
dunia akan memandangmu dan
Rohingya akan dihormati
memerdekakan bangsamu
kerana jika bangsamu berjaya
dunia akan memandangmu dan
Rohingya akan dihormati
Sedar dan bangkitlah dari lamunan
demi memerdekakan bangsa dan maruahmu
mengangkat darjatmu ke tahap lebih tinggi
untuk membuka mata dunia
selamanya.
Bangunlah pemuda Rohingya
biarpun jalan amat berliku
kerana masa depanmu belum tentu
menampakkan cahaya dari langit
mencipta laluan ke syurga
membelah lautan di pelusuk dunia
Perjuanganmu masih panjang
Rohingya azam dan tekad
bisikkan kata semangat ditelinga anakmu
membina kekuatan jiwa dan bangsa
bangsa yang berpegang pada Kalimah
Langit dan bumi adalah kuasamu ..Ya Allah
cinta Allah kepada hambanya.




