Thursday, 21 May 2015

SIKAP PEMANDU


Fikir fikirkan lah
Sikap melampau pengguna jalanraya.
Kemana perginya rasa takut terhadap kematian


1. Sering menggunakan lorong kecemasan sewaktu kesesakan tanpa arahan pihak polis trafik. Lebih kerap dan terbiasa dengan sikap suka menggunakan lorong kecemasan. Peraturan yang dibuat oleh kerajaan tiada penguatkuasaan sepenuhnya.


2. Suka berhenti di garisan petak kuning walaupun jalan sesak, tanpa mempedulikan laluan pengguna lain apabila lampu trafik bertukar merah.Tanpa ada rasa bersalah, tiada pemantauan dikawasan tersebut dari pihak berkuasa menjadikan mereka ini lebih angkuh serta sombong dijalanraya.



3. Berhenti sesuka hati di bahu jalan terutama di kawasan pusat membeli belah,hadapan bank serta hadapan premis perniagaan dalam jangka waktu yang lama. Tak menghiraukan pengguna jalanraya yang lain melalui kawasan tersebut. Laluan sesak,sempit itulah terjadi kerana sikap mereka mereka ini.


4. Sikap memberhentikan atau meninggalkan kenderaan di tengah jalan raya apabila mengalami kerosakan tiada ikhtiar untuk menolak ke bahu jalan, lebih teruk lagi tiada memasang lampu kecemasan dengan alasan membazir penggunaan bateri kereta,kerana sikap lebih suka membuka bonet belakang kereta mereka kerana itu lebih mudah dan jimat masa buat mereka biarpun mereka sedar tindakan mereka ini membahayakan pengguna yang lain.


5. Menggunakan lampu kecemasan apabila hari hujan lebat tidak mahu berhenti di lorong kecemasan dengan memasang lampu kecemasan bila keadaan ini berlaku. Lebih teruk lagi pandu perlahan di lorong memotong dengan keadaan lampu kecemasan menyala.Hanya memikirkan diri sendiri tanpa memperdulikan nyawa orang lain sedangkan tindakan mereka hanya mengundang kemalangan yang lebih buruk lagi dalam cuaca hujan lebat.



6. Tak tahu jarak utk mengunakan isarat membelok lebih menyedihkan pemandu kita mengadai nyawa duduk di lorong laju atau lorong memotong utk membelok ke kiri dalam keadaan membahayakan pengguna lain. Membelok dalam keadaan tergesa gesa bila hampir dengan simpang.




Sikap suka membuat pusingan U dipersimpangan lampu isyarat tidak kurang juga menyumbang kemalangan jalanraya di negara kita.


7. Menggunakan talipon sewaktu memandu serta memandu perlahan di lorong memotong dalam keadaan talipon bimbit di tangan. Lebih kerap terlihat suka melayari internet, facebook, Wecat, washup serta menghantar mesej sewaktu sedang memandu.Lebih dahsyat lagi apabila ada pemandu yang memangku anak kecil sewaktu sedang memandu.


8. Pandu perlahan menggunakan lampu tinggi di waktu malam sewaktu di lebuhraya tanpa mempedulikan pemandu lain yg fokus kepada pemanduan yang berjam jam untuk smpai ke lokasi. Mereka menggunakan lampu tinggi hanya kerana lebuhraya tersebut tidak di terangi lampu jalan. Sedarkah kita dengan tindakan tersebut boleh memberi kesan pada nyawa pengguna jalanraya khususnya dalam jangka waktu panjang




9. Meletakkan kenderaan dalam dua barisan sedangkan petak meletak kenderaan yg di sediakan oleh bandaran satu barisan sahaja khusus di laluan sehala.Sikap tidak ambil peduli dan sikap mementingkan diri perlu di ubah jika tidak mahu di anggap biadap dan bongkak.

10. Tidak mengambil berat lampu brek belakang berfungsi atau tidak. Sikap tak mengambil berat terhadap penggunaan lampu brek ketiga. Sering membiarkan lampu isyarat terpadam sendiri kerana sikap tak acuh ini boleh mengelirukan orang lain sewaktu pemandu lain hendak menukar laluan atau keluar simpang.



Kesemua 10 kesalahan ini menunjukkan pemandu pemandu malaysia bersikap tidak menghormati pengguna pengguna yang lain, Lebih mementingkan diri sendiri, menjadi kurang ajar, lebih dasyat lagi menjadi pembuli jalan raya Malaysia.






 Namun yang menyedihkan mereka ini bakal menjadi mangsa atau penyumbang kepada kemalangan maut di tanahair. Tak kurang juga kebiadapan mereka ini jelas di tunjukkan kepada pihak berkuasa yang menjalankan tugas untuk keselamatan dan keselesaan pengguna yang lain.




                                          Takkala kematian datang



https://fauzizi@KRK

Monday, 18 May 2015

ROHINGYA


                  
                        Airmata Di Bumi Rohingya 

                             




                                   http://youtu.be/CkKjBE5GCSk

                                    https://wadiahtrading.com//index.php?refer=fauzizi

                                                                                   


               
                                                                  


Bukan mudah tugas kita
dan manusia serata dunia
meneruskan perjuangan misi kemanusiaan
selain mengembirakan mereka






menangisi maksud kemanusiaan itu
teramat jauh dan lebih sengsara
Rohingya jangan kecil hati dan kuatkan jiwa
pada suatu ketika itu dan zaman yang berlalu
kamu akan menjadi penakluk di akhir episod.





Pelajarilah ilmu saudagar dan pedagang dunia
Pelajarilah ilmu ulama dan ilmiah
Pahlawan terbilang ke serantau dunia
Rohingya bangsamu mengharung
samudera menjelajah dunia yang tak diimpikan
Rohingya semangatmu bagai
sang wira dan pendita yang tidak mengenal
ketakutan dan kematian.

Di manakah kekuatanmu
supaya tidak merasa teramat hina dan dianiaya
Biarpun seribu musuh
jangan sekali bangsamu longlai
mengasah kegemilangan dan kepahlawanan
dalam sejarah membina empayar 
Rohingya


kederatmu amat berharga
bagi memartabatkan dan
memerdekakan bangsamu
kerana jika bangsamu berjaya
dunia akan memandangmu dan
Rohingya akan dihormati

Sedar dan bangkitlah dari lamunan
demi memerdekakan  bangsa dan maruahmu
mengangkat darjatmu ke tahap lebih tinggi
untuk membuka mata dunia
selamanya.

Bangunlah pemuda Rohingya
biarpun jalan amat berliku
kerana masa depanmu belum tentu
menampakkan cahaya dari langit
mencipta laluan ke syurga 
membelah lautan di pelusuk dunia




Perjuanganmu masih panjang
Rohingya azam dan tekad
bisikkan kata semangat ditelinga anakmu
membina kekuatan jiwa dan bangsa
bangsa yang berpegang pada Kalimah
Langit dan bumi adalah kuasamu ..Ya Allah

cinta Allah kepada hambanya.
secantik bahasa seindah bahasa Ya ....Rasullallah.   

https://fauzizi@KRK


Saturday, 16 May 2015

HARI LAHIR



SELAMAT 
ULANG TAHUN kawan kawan ku


Bangun dari tempat tidur, melihat di cermin
Dan bertanya-tanya siapa Anda
Tahun lain telah datang dan pergi
Hari ini adalah hari ulang tahun Anda
Tapi mungkin hari terakhir hidup Anda
Apa yang akan Anda lakukan jika besok itu semua hilang?
Anda tidak akan muda selamanya
Hanya ada sebagian kecil untuk jumlah yang
Anda tidak akan muda selamanya
Juga akan ada yang
Jadi ...


Lihatlah kehidupan Anda, yang Anda ingin menjadi sebelum Anda mati?
Lihatlah kehidupan Anda, apa yang Anda ingin lakukan?
Lihatlah kehidupan Anda, yang Anda ingin menjadi sebelum Anda mati?
Lihatlah kehidupan Anda, Anda tidak punya selamanya
Dan katakan padaku apa yang sebenarnya penting

Apakah itu wang dan ketenagan?
Atau berapa banyak orang akhirnya mungkin tahu nama Anda?
Tapi mungkin Anda menyentuh satu kehidupan
Dan dunia menjadi tempat yang lebih baik untuk menjadi..
Mungkin Anda memberikan mimpi mereka dihari lain
Kesempatan lain untuk bebas
Selamat ulang tahun
Selamat ulang tahun
 Lihatlah kehidupan Anda, yang Anda ingin menjadi sebelum Anda mati?
Lihatlah Anda, apa yang Anda ingin lakukan?
Lihatlah kehidupan Anda, yang Anda ingin menjadi sebelum Anda mati?
Lihatlah kehidupan Anda, itu semua datang kembali kepada Anda.